KRESMA | Kelab Rekreasi UiTM Malaysia

Siapa Kami PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh rafiq   
Selasa, 13 Julai 2010 11:07

Kelab Rekreasi Universiti Teknologi MARA Malaysia (KRESMA) telah ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar yang bermotivasi tinggi serta berwawasan pada 12 November 1989 di UiTM induk yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Rekreasi UiTM Shah Alam dan sebelumnya lagi adalah Kelab Rekreasi INTEKMA (ITM) sejajar dengan penukaran nama UiTM kini namanya lebih dikenali sebagai Kelab Rekreasi UiTM Malaysia. Bercita-cita untuk melahirkan kumpulan pelajar UiTM yang berdaya saing serta memiliki daya ketahanan fizikal serta mental yang tinggi, KRESMA berusaha menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi yang mencabar seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, memanjat tembok tiruan dan lain-lain.

Bermula sebagai kelab bukan ko-kurikulum yang kerdil, KRESMA akhirnya berjaya menempatkan diri sebaris dengan kelab-kelab elit yang terdapat di UiTM. Perjuangan perintis KRESMA ini terus diperjuangkan dengan kesungguhan dari satu generasi ke satu generasi. Kepimpinan KRESMA bersilih ganti, ahli datang dan pergi. Tetapi KRESMA tetap terus bertahan memperjuangkan prinsip membentuk siswa dan siswi yang berketrampilan, berkeyakinan, berdisiplin serta mempunyai semangat berkumpulan.

Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA) telah menggandakan usaha memajukan pencapaian kelab untuk menjadikannya lebih berhalatuju dan matang. Sejak tarikh penubuhannya sehingga kini, kelab ini terus mengekalkan prestasi sebagai Pemenang Anugerah Sukan sebagai Kelab Terbaik anjuran Pusat Sukan UiTM. Pelbagai aktiviti yang berfaedah telah berjaya dijalankan dengan jayanya.

Bukan sahaja aktif di dalam UiTM malah ahli-ahli KRESMA juga terus bergiat di dalam aktiviti rekreasi di luar UiTM seperti bekerjasama menganjurkan program-program rekreasi bersama pihak luar seperti aktiviti mendaki gunung, asas pengurusan tali dan juga aktiviti bina kumpulan (team building). Terdapat tiga aktiviti utama KRESMA pada setiap semester iaitu Introcamp (Perkhemahan asas pengenalan rekreasi), Mid-term Project (Aktiviti rekreasi/outdoor bertahap sederhana) dan Final Project (Aktiviti rekreasi/outdoor bertahap berat). Selain itu, KRESMA juga menganjurkan pelbagai aktiviti/program sampingan samada yang melibatkan rekreasi ataupun tidak.

Bernaung di bawah Pusat Sukan UiTM Malaysia (Shah Alam), Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA) telah berjaya menyumbangkan anugerah-anugerah seperti:-

  1. Anugerah Kelab Terbaik UiTM bagi tahun 1999.
  2. Anugerah Kelab Terbaik UiTM bagi tahun 2000
  3. Anugerah Kelab Terbaik UiTM bagi tahun 2001
  4. Anugerah Kelab Terbaik UiTM bagi tahun 2002
  5. Anugerah Persatuan Pelajar Cemerlang UiTM 2003
  6. Pencapaian Kategori Persatuan Terbaik (Sukan & Rekreasi)

No Borders No Barriers No Boundaries adalah cogankata kelab ini yang membawa maksud tiada persempadanan, tiada halangan dan tiada garisan yang menunjukkan ahli Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA) mempunyai semangat waja yang tinggi di dalam bidang rekreasi walau apapun halangan yang menimpa, objektif mesti tercapai. Semangat kental ini terus dipupuk dari generasi ke generasi bukan hanya di universiti tetapi berkesinambungan selama-lamanya. Semangat ukhuwah yang positif juga sangat dititikberatkan dari segi silaturrahim sesama ahli dan bekas ahli yang membawa kepada suatu perjalanan persahabatan, pengalaman dan pengetahuan tanpa titik penghujungnya.

Alamat :

Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA)
Pusat Sukan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia,
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 16 Julai 2010 18:28
 

Poster KRESMA

Mutiara Kata

KRESMA Di Facebook

Facebook KRESMA

Kiriman Terbaru Di Forum

Gunung Datuk - Trip Day pack Salam, Trip G.Datuk pada tarikh - 9hb Dec 2011, jam 8mlm (akan diberitahu kelak), objektif - menghayati bulan mengambang di puncak...berminat diminta menghubungi rafiq - 0194588373 @ fb - Rafiq...
fiq2901 4.12.2011 7:32
Kresma Bakti Siswa Aidiladha de'Kenyir 2011 salam kresma... midterm project kresma semester ini suda tiba.. kali nie snggupkah anda beraya bersama kluarga angkat di aidihadha nnt?? pas2 plak anda akn mengharungi ekspedisi berkayak sela...
ez-OnE 16.10.2011 5:48
Re: Kresma Introcamp Batch 32 : Mencari Cahaya setelah lm xtido dlm khemah, introcamp kali dpt gak tido dlm khemah... B)
EnigmaFC 5.10.2011 9:11
Re: Kresma Introcamp Batch 32 : Mencari Cahaya yg tak join dok dendiam je..
ENCIK_H 5.10.2011 1:02
Re: Kresma Introcamp Batch 32 : Mencari Cahaya fuhh.. sy dengar citer introcamp kali ini best.. maafla x dpt join..
[y0ko] 4.10.2011 23:55
Re: Kresma Introcamp Batch 32 : Mencari Cahaya aku pnh dtg meeting diorang...diorang dah buat mcm yg abe ckp tu...tp nk buat camne, masalah pasti ada,yang penting bagaimana cara kita selesaikan masalah...sbb masalah tetap akan ada..
ENCIK_H 4.10.2011 22:30
Re: Kresma Introcamp Batch 32 : Mencari Cahaya salam...introcamp terboik......tp klu blh lps nie....sebelum program korang buka balik fail fail rujuk semula masalh2 cacak cela program sebelum ini...baru lah introcamp akan x de masalh....mak ci...
abe mat 4.10.2011 20:18
Re: Kresma Introcamp Batch 32 : Mencari Cahaya hai jgk tp sy pengirim biasa je, malu la ngan abang2 otai sume tp sy ade skit buah tgn nk kongsi tau... http://xpdc-ali.blogspot.com/2011/10/introcamp-gua-batu-maloi.html
Ali 4.10.2011 20:08
Re: "kresma-dari hati ke hati" damn la...... barang climb hilang... rse cam jamban btul.... wrist aku lak injured... haih.... mcm2 dugaan la..... siot tul... :(
aQaSYAH 4.10.2011 14:11
Re: How Do You Meet KRESMA?! bila la ade org nak post cter2 mnarik lg... tingin nak dgr cter dr ex ex krema kiter huhuuhuuu
aQaSYAH 4.10.2011 14:10
Baca Lagi..

Panel Pengguna

Aktiviti/Program Terdekat

No events

Hari Jadi Terdekat

Kalendar KRESMA

May 2012
M T W T F S S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

Siapa Online?

None

Tema Dinner Kresma Batch 31

Tema Dinner Kresma Batch 31 pilihan anda ~