| Asas Perkhemahan + Berbuka Puasa Kresma |
|
|
|
| Thursday, 26 August 2010 | by
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
| Hits : 158 |
|
Asas perkhemahan semasa di bulan puasa jarang sekali dilakukan oleh sesiapa di dunia ini. Disebabkan kehadiran bulan puasa yang mulia, kami AJK Kresma ingin mengadakan perjumpaan pada setiap Khamis dengan melakukan aktiviti yang jarang dan unik sekali dari persatuan atau kelab-kelab lain.
Pada Khamis bersamaan dengan 26/8/2010, iaitu pada perjumpaan mingguan Kresma, AJK Kresma telah bersetuju ingin mengadakan beberapa aktiviti seperti asas perkhemahan kepada ahli-ahli yang akan melibatkan diri aktiviti perkhemahan pada masa akan datang.
Sepanjang petang Khamis tersebut, Kresma akan mempelajari selok belok cara-cara bagaimana hendak melakukan aktiviti perkhemahan secara asas. Aktiviti ini lebih mendorong kepada bentuk pengenalan barang-barang serta peralatan-peralatan asas perkhemahan sepanjang sesi perkhemahan.
Selepas aktiviti ini dilakukan, kita akan lakukan aktiviti berbuka puasa bersama-sama di tempat kita berkumpul tadi dengan sistem potLuck.
Harap, sokongan rakan-rakan dan ahli-ahli Kresma boleh diperolehi bagi perjumpaan minggu ini.
|
Location : Bulatan Kresma Contact : Pak Syed |
Back
|