KRESMA | Kelab Rekreasi UiTM Malaysia

Takwim KRESMA Julai - November 2010

E-mail Cetak PDF

15 Julai 2010 - Perjumpaan pertama KRESMA sesi Julai - November 2010

22 Julai 2010 - Penerangan dan persediaan barang Introcamp Batch 30

23 - 25 Julai 2010 - Introcamp Batch 30 Lata Charok, Janda Baik, Pahang

29 Julai 2010 - Sukan Rakyat & Flying Fox

5 Ogos 2010 - Water Confident (UiTM Pool)

8 - 10 Ogos 2010 - Mendaki Gunung Pine Tree Hill & Swettenham

19 Ogos 2010 - Berbuka Puasa KRESMA

26 Ogos 2010 - Asas Perkhemahan + Berbuka Puasa

23 September 2010 - Jamuan Raya + Rumah Terbuka KRESMA

25 September 2010 - Abseiling + Flying Fox (usahasama bersama Civil Outdoor Club C.O.C)

30 September 2010 - Paintball Introduction (Basic)

7 Oktober 2010 - Permainan Frisbee + Xi Shua Shua

14 Oktober 2010 - Solat Hajat KRESMA

2- 3 Oktober 2010 - Mid Term Project (1Malaysia Intravarsiti Paintball Challenge 2010 organized by KRESMA)

19 November 2010 - Lang Tengah + Pulau Redang

20 - 27 Desember 2010 - Final Project

Terakhir Dikemaskini ( Jumaat, 30 Julai 2010 12:21 )
 

Satu Permulaan

E-mail Cetak PDF

Salam Rekreasi,

Alhamdulillah....Pada 23-25 Julai 2010, KRESMA telah berjaya menjayakan satu lagi projek Introcamp mengambil tempat di Kem Latto Charok. Selaku pengarah bagi projek Introcamp Batch 30, saya, Fatin Afifah Mohamad ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini baik secara langsung atau tidak.

introcamp30group.jpgPertama sekali ucapan terima kasih ini ditujukan kepada barisan AJK Introcamp 30 yang banyak menyumbang tenaga dan idea. Kepada saudara Reezuan selaku Timbalan Pengarah, Saudari Amirah sebagai Setiausaha dan saudari Izzati yang memegang jawatan Bendahari untuk Introcamp kali ini. Penghargaan tertinggi ingin saya berikan kepada AJK Aktiviti Mus dan Yamin yang telah berjaya menyediakan senarai aktiviti yang pada pandangan mata saya amat menarik dan mencabar. Tidak lupa kepada barisan AJK yang lain, AJK Makanan Nadiah, AJK Peralatan Irsyad, AJK Pengangkutan Nuzul, AJK Kesihatan Afifah, AJK Keselamatan Anuar, AJK Pendaftaran Nabila, AJK Publisiti Rafiq dan akhir sekali kepada AJK Tugas-Tugas Khas Hafizul.

Seterusnya, kepada saudara Syed yang bertindak sebagai Ex-Officio yang banyak memberi tunjuk ajar dan guideline, saudara Shahrul yang banyak memberi panduan dalam memastikan projek Introcamp ini berjalan dengan lancar dari mula hingga ke titik akhir, saudara Iwan yang banyak memberi idea dan sokongan dalam menyelesaikan segala masalah dan kepada ahli Majlis Tertinggi KRESMA yang lain. Tanpa anda semua, tidak mungkin projek ini akan berjaya dilaksanakan.

Kepada barisan teknikal yang bertungkus lumus mengerah tenaga dan usaha, Radhi dan sahabat-sahabat, Khai, Paan, Pokku, Keyol, Neiji, Syifaa, Ja, Ely, Nasa, Abe Mat, Samat, Bola, Ain, Najihah, Izyan, Kasyah, Nan, Bai dan Pa. Mungkin ada nama yang tertinggal di sini, mohon maaf sangat-sangat. Tidak lupa kepada teknikal yang paling penting Andrea selaku rolex master yang tegas.

introcamp-senam.jpgDan jutaan terima kasih kepada Ex-KRESMA yang sudi turun padang dan sanggup meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan Introcamp 30 ini, Cae, Mawee, Kecik, Fit, Amir, Aqil, Alan, Iman,  Faris, Dayat, Dolly, Atiqah, Niza dan lain-lain yang tidak saya nyatakan di sini. Akhir sekali, sudah tentunya kepada peserta-peserta Introcamp 30 yang sangat sporting dan sempoi. Diharapkan penglibatan anda semua dalam KRESMA tidak berhenti di sini sahaja.

Saya mewakili AJK Introcamp 30 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala salah, silap dan kekurangan sepanjang menjayakan dan sepanjang berlangsungnya program. Mengambil kata Presiden KRESMA, sama-samalah kita meneruskan perjuangan dan legasi KRESMA yang mantap.

KRESMA....Enjoy!!

Tulus ikhlas,

Fatin Afifah Mohamad,

Pengarah Introcamp Batch 30

Terakhir Dikemaskini ( Rabu, 28 Julai 2010 12:26 )
 

Sudah Daftar Tapi Tak Boleh Login?

E-mail Cetak PDF

Bagi yang masih tidak dapat login walaupun sudah mendaftar, sedikit panduan dan bantuan untuk anda.

Untuk mendaftar di KRESMA.com anda perlu memasukkan email yang betul semasa mendaftar. Anda akan menerima satu email bagi mengesahkan email anda adalah betul. Sila masuk ke email tersebut dan klik ke link pengesahan email yang diberikan dalam email tersebut untuk menyempurnakan proses pendaftaran sebagai ahli KRESMA.com. Sekiranya tiada email sila periksa di bahagian spam.

Jika masih mempunyai masalah lanjut atau anda telah memasukkan email yang salah, sila hubungi terus di Facebook KRESMA atau hubungi kami di sini. Kami sedia membantu anda.

Sekian, terima kasih.

Sedia Membantu,

Admin KRESMA.com

No Borders No Barriers No Boundaries.

Terakhir Dikemaskini ( Khamis, 29 Julai 2010 12:04 )
 

Pengalaman Pahit Manis KRESMA.com

E-mail Cetak PDF

Salam KRESMA,

Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan peristiwa website KRESMA.com di-hacked oleh penggodam yang tidak dikenali yang sangat mendukacitakan.

Pihak admin KRESMA.com telah bertungkus-lumus menyelamatkan kembali website tersebut tetapi gagal kerana sebanyak empat kali di-hack selepas pemulihan dilakukan. Kami di pihak admin memohon seribu kemaafan di atas kegagalan pemulihan tersebut dan telah berjanji untuk tidak berhenti dan melipatgandakan usaha dengan menghasilkan satu website yang lebih baik dari sebelumnya dari segi sistem keselamatan dan interface pengguna.

altKini, terhasilah satu lagi website KRESMA.com yang dijanjikan sebelum ini sebagai ganti dengan kerjasama dikalangan KRESMA.com Administration Team (KAT) dan juga ahli KRESMA serta AJKnya. Usaha untuk mewujudkan website yang sistem suasananya lebih dinamik dan mempunyai kebolehan pelbagai yang tinggi telah terhasil dari semangat kerjasama dan bantu-membantu sepertimana yang telah dipupuk di dalam kelab sendiri. Website ini mengambil masa 1 minggu untuk dibina dan sekarang adalah proses menambahbaik lagi.

Sekarang adalah dunia berkongsi maklumat, bukanlah dunia menyimpan maklumat, maka kami pihak admin KRESMA.com sangat berharap agar website ini digunakan sepenuhnya oleh ahli-ahli dan bekas-bekas ahli KRESMA dengan memberi sumbangan idea, menghantar berita dan gambar serta mendaftarkan diri di laman ini. Gunakanlah peluang yang ada ini sebaik-baiknya dan sama-sama menyanyangi kewujudan website ini, jadikan peristiwa pahit website kita semua sebagai satu pengajaran yang berguna, jangan bila tiada mencari, bila ada ditinggal-tinggalkan.

Kami sangat mengalu-alukan maklumbalas anda, sekiranya terdapat sebarang masalah, pertanyaan, cadangan, idea dan sumbangan, sila ajukan terus ke dalam forum berkaitan. Tanpa maklumbalas daripada anda website ini tidak akan dapat dibaiki/naik taraf lagi. Percayalah, dengan sumbangan anda akan dapat kebaikan yang berpanjangan dari generasi ke generasi, dan itulah tanda kasih anda pada KRESMA. Bagi bekas ahli (XKRESMA), inilah masanya untuk terus menyumbang kepada kelab yang disayangi tanpa mengira siapakah anda.

Jadi apa tunggu lagi? Yang belum daftar, mari berdaftar, yang belum menyumbang mari menyumbang, yang sudah pula mari teruskan. Jom bertindak sekarang!

Tulus ikhlas,
KRESMA.com Administration Team (KAT)

No Borders, No Barriers, No Boundaries
KRESMA, Enjoy!

Terakhir Dikemaskini ( Jumaat, 30 Julai 2010 15:48 )
 

Introcamp Batch 30 Lata Charok

E-mail Cetak PDF

Adalah dimaklumkan bahawasanya, saya AHMAD RA'FIQ AB KADIR telah diamanahkan untuk memberi, menyalurkan, serta mempromosi aktiviti KRESMA seterusnya pada Semester July 2010. Antara aktiviti utama yang akan dilakukan oleh Kelab Rekreasi UiTM KRESMA adalah seperti INTROCAMP, MIDTERM PROJECT & FINAL PROJECT.

Bagi aktiviti pertama ialah INTROCAMP BATCH 30. Secara am, aktiviti ini berkaitan dengan pengenalan kepada bentuk serta cara-cara untuk melakukan aktiviti perkhemahan, pendedahan beberapa aktiviti rekreasi serta yang paling penting adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kepentingan bekerjasama, memupuk sifat hormat menghormati antara ahli dan juga bekas ahli EX-KRESMA dan juga penerapan beberapa perkara yang lain.

INTROCAMP 30 akan diadakan seperti yang tertera:

1. Tempat: Lata Charok, Janda Baik, Pahang
2. Tarikh: 23 - 25 July 2010
3. Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
4. Masa: Jumaat 4.00ptg - Ahad 6.00ptg
5. Aktiviti: Waterfall Abseiling, Rock Climbing, Jungle Trekking dan lain-lain


Cara menyertainya:
1. Sediakan RM25.00
2. Bayaran boleh dilakukan melalui orang yang boleh dihubungi iaitu Izzati 0133270273 & Nabila 0176836483
3. Isi borang penyertaan
4. Terbuka kepada FRESHIE (pelajar baru) dan juga pelajar-pelajar lama yang belum pernah pergi ke INTROCAMP

Kelebihan:
1. Peroleh ilmu berkaitan dengan rekreasi dan sukan
2. Dapat juga berkongsi ilmu dengan ahli-ahli lama KRESMA dan juga EX-KRESMA
3. T-shirt
4. Tag nama dan tali
5. Kenalan-kenalan baru dan lama
6. Merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar UiTM dari pelbagai bidang dan fakulti terutama ahli-ahli KRESMA sendiri

Setakat ini saja makluman yang dapat diberikan. Saya berharap respon pihak tuan puan dapat meningkatkan lagi program ini dan juga dapat menjayakannya dengan jayanya.

Kepada ahli-ahli KRESMA dan juga EX-KRESMA, kedatangan anda adalah dialu-alukan. Bagi tempahan t-shirt, setakat ini hanya peserta, AJK dan juga teknikal kru sahaja akan ditempah. Jika ada permintaan untuk ahli-ahli dan ex-KRESMA sendiri, boleh merujuk kepada AJK program INTROCAMP ini. Tempahan akan mula dibuka sehingga diberitahu kelak.

Sekian, Thank you

workStatiOn kresma


AHMAD RA'FIQ AB KADIR
AJK Publisiti INTROCAMP 30

Terakhir Dikemaskini ( Khamis, 15 Julai 2010 04:20 )
 

Langgan Berita KRESMA

Masukkan Email Untuk Berita KRESMA Terbaru


RSS Feed Image KRESMA Subscription

Poster KRESMA

KRESMA Di Facebook

Facebook KRESMA

Kiriman Terbaru Di Forum

Re: ORIENTEERING navigasi berkompas ala abg kecik...demi adik2 share la...plisss......
yamin 29.7.2010 22:49
Re: INTROCAMP BATCH 30,Lata Charok, Janda Baik... saya org baru... terbayang2... ape la yg korang karma2 ni. ape itu kegunaan karma dlm web ni?
kimif1 29.7.2010 22:41
Re: Perjumpaan Petang Khamis : 29 Julai 2010 keCik wrote: pa x dtg pon~ pa xdtg...boooo
isasuke_yell 29.7.2010 22:24
Re: INTROCAMP BATCH 30,Lata Charok, Janda Baik... esyad wrote: suda kan da 2 tu...hahahaha
isasuke_yell 29.7.2010 22:20
Re: HiMyNameIsIsa hahahahaha gaduh2..... pa kecik..... kamu pye karma sgt tggi~~
isasuke_yell 29.7.2010 22:14
Re: Wajib untuk semua yang berdaftar Kresma.Com! ejal_aku wrote: slalu mmg tiap2 presiden dapat dana beli enset utk kegunaan kelab..pe kate kli ni ko ambik dana tp utk laptop kelab.... note buk baru sribu lebey sket..same je ngan harge ense...
ShiPoOtShiDoOt 29.7.2010 22:07
Re: How Do You Meet KRESMA?! fiq2901 wrote: kisah seorg kecik yg bernama kecik ketika bertemu kresma ketika itu tgh membesar dr kecik :D APESAL KO GELAK!!!!! MEH GELAK DEPAN AKU!!!
keCik 29.7.2010 21:40
Re: INTROCAMP BATCH 30,Lata Charok, Janda Baik... suda
esyad 29.7.2010 21:35
Re: Camp5 Enduro 2011 nnti kalu ada info bgtau laju laju tau! aku da x sabar neh!
keCik 29.7.2010 21:34
Re: ORIENTEERING navigasi berkompas tanak share, nnti ilmu aku abis!
keCik 29.7.2010 21:33
Baca Lagi..

Panel Pengguna

Aktiviti/Program Terdekat

Sab Jul 31 @08:00 - 05:00
Resepsi Perkahwinan Sakinah Dan Halim
Kha Ogs 05
Water Confident
Kha Ogs 19
Berbuka Puasa Kresma
Kha Ogs 26
Asas Perkhemahan + Berbuka Puasa Kresma

Hari Jadi Terdekat

Kalendar KRESMA

July 2010
M T W T F S S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

Siapa Online?

Foto Terkini

Nama Penuh

Perlukah nama penuh dipaparkan?