KRESMA | Kelab Rekreasi UiTM Malaysia

Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?
Rules

Adalah dimaklumkan bahawasanya, saya AHMAD RA'FIQ AB KADIR telah diamanahkan untuk memberi, menyalurkan, serta mempromosi aktiviti KRESMA seterusnya pada Semester July 2010. Antara aktiviti utama yang akan dilakukan oleh Kelab Rekreasi UiTM KRESMA adalah seperti INTROCAMP, MIDTERM PROJECT & FINAL PROJECT.

Bagi aktiviti pertama ialah INTROCAMP BATCH 30. Secara am, aktiviti ini berkaitan dengan pengenalan kepada bentuk serta cara-cara untuk melakukan aktiviti perkhemahan, pendedahan beberapa aktiviti rekreasi serta yang paling penting adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kepentingan bekerjasama, memupuk sifat hormat menghormati antara ahli dan juga bekas ahli EX-KRESMA dan juga penerapan beberapa perkara yang lain.

INTROCAMP 30 akan diadakan seperti yang tertera:

1. Tempat: Lata Charok, Janda Baik, Pahang
2. Tarikh: 23 - 25 July 2010
3. Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
4. Masa: Jumaat 4.00ptg - Ahad 6.00ptg
5. Aktiviti: Waterfall Abseiling, Rock Climbing, Jungle Trekking dan lain-lain


Cara menyertainya:
1. Sediakan RM25.00
2. Bayaran boleh dilakukan melalui orang yang boleh dihubungi iaitu Izzati 0133270273 & Nabila 0176836483
3. Isi borang penyertaan
4. Terbuka kepada FRESHIE (pelajar baru) dan juga pelajar-pelajar lama yang belum pernah pergi ke INTROCAMP

Kelebihan:
1. Peroleh ilmu berkaitan dengan rekreasi dan sukan
2. Dapat juga berkongsi ilmu dengan ahli-ahli lama KRESMA dan juga EX-KRESMA
3. T-shirt
4. Tag nama dan tali
5. Kenalan-kenalan baru dan lama
6. Merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar UiTM dari pelbagai bidang dan fakulti terutama ahli-ahli KRESMA sendiri

Setakat ini saja makluman yang dapat diberikan. Saya berharap respon pihak tuan puan dapat meningkatkan lagi program ini dan juga dapat menjayakannya dengan jayanya.

Kepada ahli-ahli KRESMA dan juga EX-KRESMA, kedatangan anda adalah dialu-alukan. Bagi tempahan t-shirt, setakat ini hanya peserta, AJK dan juga teknikal kru sahaja akan ditempah. Jika ada permintaan untuk ahli-ahli dan ex-KRESMA sendiri, boleh merujuk kepada AJK program INTROCAMP ini. Tempahan akan mula dibuka sehingga diberitahu kelak.

Sekian, Thank you

workStatiOn kresma


AHMAD RA'FIQ AB KADIR
AJK Publisiti INTROCAMP 30

Panel Pengguna

Aktiviti/Program Terdekat

No events

Hari Jadi Terdekat

Kalendar KRESMA

February 2012
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4

Siapa Online?

None

Tema Dinner Kresma Batch 31

Tema Dinner Kresma Batch 31 pilihan anda ~