Majlis berbuka Puasa sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak akan diadakan di workstation Kresma, iaitu satu bangunan sama dengan Pool UiTM Shah Alam serta berada di belakang Taska Asuhan Kanak-Kanak bagi pekerja-pekerja UiTM Shah Alam khasnya. Majlis ini akan diadakan sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak serta ingin merapatkan lagi silaturahim sesama kita ahli dan bekas ahli Kresma.
Sempena majlis berbuka puasa ini, kita akan berkumpul di Workstation dengan membawa juadah berbuka masing-masing iaitu sistem POTLUCK. Berkumpul di WorkStation pada jam 530ptg seperti perjumpaan biasa dan kita sama-sama akan mengemaskan workstation serta bersedia untuk berbuka puasa dgn juadah masing-masing.
Untuk sebarang maklum balas, sila rujuk kepada Peija (lelaki dia nih) dan juga AJK2 Kresma bagi makluman lanjut.
Diharap, kedatangan anda semua akan lagi memeriahkan suasana majlis berbuka puasa ini.
Sekian...
p/s: Datang tau, perjumpaan kita seterusnya
