Banyak kebaikan antaranya anda boleh melakukan aktiviti bersama dalam melakukan aktiviti luar dan sukan seperti berkayak, climbing, mendaki gunung & lain-lain dengan berkongsi kemudahan yang diberikan oleh pihak KRESMA, Pusat Sukan dan UiTM malah anda juga boleh mengemaskini diri anda dengan info-info terbaru mengenai outdoor dan rekreasi melalui jaringan persahabatan yang luas. Untuk jangkamasa panjang pula, anda boleh menyertai XKRESMA (alumni KRESMA) sesudah tamat pembelajaran di UiTM bagi meneruskan aktiviti luar / rekreasi dan juga anda dapat meneruskan kesinambungan persahabatan KRESMA yang kekal selamanaya.
Untuk menjadi ahli kelab KRESMA, anda perlu mendaftar semasa perjumpaan di Bulatan KRESMA berdekatan dengan climbing wall UiTM Shah Alam dengan berjumpa ajk pendaftaran terlibat setiap petang Khamis bermula 5.30PM selain dari cuti semester. Pendaftaran dibuka sepanjang semester.
Buat masa ini anda perlu turun ke perjumpaan dan mendaftar sebagai ahli kelab dengan AJK terlibat. Kami sedang berusaha memperbaiki proses pendaftaran ahli dari semasa ke semasa.
Tidak. Keahlian web portal KRESMA.com dan keahlian ahli Kelab KRESMA adalah berbeza, buat masa ini anda perlu mendaftar sebagai ahli kelab melalui AJK Pendaftaran semasa, kad keahlian akan diberikan setelah berdaftar.
Ya, anda perlu memperbaharui keahlian anda setiap semester. Yuran pembaharuan hanya RM5.00 per semester dan kad ahli baru akan dikeluarkan. Berbaloi kan?
Secara automatik anda adalah XKRESMA. Jaringan persahabatan kami sangat luas dan berkekalan selamanaya. Harapan kami anda tidak terputus hubungan, buat masa ini kami berhubung melalui Xkresma@Facebook dan Xkresma@GoogleGroup.
Anda adalah sumber inspirasi kami, kami sangat mengalu-alukan kedatangan XKRESMA seperti anda ke program-program KRESMA supaya kami dapat belajar dari anda semua. Kami galakkan anda menghubungi AJK Program terlibat terlebih dahulu agar kita dapat berbincang tentang akomodasi, panduan ke lokasi dan lain-lain.