|
Salam Rekreasi,
Alhamdulillah....Pada 23-25 Julai 2010, KRESMA telah berjaya menjayakan satu lagi projek Introcamp mengambil tempat di Kem Latto Charok. Selaku pengarah bagi projek Introcamp Batch 30, saya, Fatin Afifah Mohamad ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini baik secara langsung atau tidak.
Pertama sekali ucapan terima kasih ini ditujukan kepada barisan AJK Introcamp 30 yang banyak menyumbang tenaga dan idea. Kepada saudara Reezuan selaku Timbalan Pengarah, Saudari Amirah sebagai Setiausaha dan saudari Izzati yang memegang jawatan Bendahari untuk Introcamp kali ini. Penghargaan tertinggi ingin saya berikan kepada AJK Aktiviti Mus dan Yamin yang telah berjaya menyediakan senarai aktiviti yang pada pandangan mata saya amat menarik dan mencabar. Tidak lupa kepada barisan AJK yang lain, AJK Makanan Nadiah, AJK Peralatan Irsyad, AJK Pengangkutan Nuzul, AJK Kesihatan Afifah, AJK Keselamatan Anuar, AJK Pendaftaran Nabila, AJK Publisiti Rafiq dan akhir sekali kepada AJK Tugas-Tugas Khas Hafizul.
Seterusnya, kepada saudara Syed yang bertindak sebagai Ex-Officio yang banyak memberi tunjuk ajar dan guideline, saudara Shahrul yang banyak memberi panduan dalam memastikan projek Introcamp ini berjalan dengan lancar dari mula hingga ke titik akhir, saudara Iwan yang banyak memberi idea dan sokongan dalam menyelesaikan segala masalah dan kepada ahli Majlis Tertinggi KRESMA yang lain. Tanpa anda semua, tidak mungkin projek ini akan berjaya dilaksanakan.
Kepada barisan teknikal yang bertungkus lumus mengerah tenaga dan usaha, Radhi dan sahabat-sahabat, Khai, Paan, Pokku, Keyol, Neiji, Syifaa, Ja, Ely, Nasa, Abe Mat, Samat, Bola, Ain, Najihah, Izyan, Kasyah, Nan, Bai dan Pa. Mungkin ada nama yang tertinggal di sini, mohon maaf sangat-sangat. Tidak lupa kepada teknikal yang paling penting Andrea selaku rolex master yang tegas.
Dan jutaan terima kasih kepada Ex-KRESMA yang sudi turun padang dan sanggup meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan Introcamp 30 ini, Cae, Mawee, Kecik, Fit, Amir, Aqil, Alan, Iman, Faris, Dayat, Dolly, Atiqah, Niza dan lain-lain yang tidak saya nyatakan di sini. Akhir sekali, sudah tentunya kepada peserta-peserta Introcamp 30 yang sangat sporting dan sempoi. Diharapkan penglibatan anda semua dalam KRESMA tidak berhenti di sini sahaja.
Saya mewakili AJK Introcamp 30 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala salah, silap dan kekurangan sepanjang menjayakan dan sepanjang berlangsungnya program. Mengambil kata Presiden KRESMA, sama-samalah kita meneruskan perjuangan dan legasi KRESMA yang mantap.
KRESMA....Enjoy!!
Tulus ikhlas,
Fatin Afifah Mohamad,
Pengarah Introcamp Batch 30
|
Comments
tahniah fatin....
fatin next projek fatin handle gunung lak ye.....
;)
thanx!!
ala, ajak la ayh ko skali...
hihihihihi
B-)
congrato to fatin~
[ aku sgt gumbire sbb name aku bkn kt golongan exKresma.. ]
aku taw byk sgt kekurangan aku
korang sume byk giler tlg aku....
so, thanx to korang sume...korang mmg best!!
xamanah lgsg la hg ni...2 la akibtnya hp hg kn telo...hahahaha...
thniah2 wlupn aku lmbt ucap...thniah pd smua baik ajk & teknikal mahupn pserta mcm aku...
welcome 2 da club...
RSS feed for comments to this post