|
Salam KRESMA,
Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan peristiwa website KRESMA.com di-hacked oleh penggodam yang tidak dikenali yang sangat mendukacitakan.
Pihak admin KRESMA.com telah bertungkus-lumus menyelamatkan kembali website tersebut tetapi gagal kerana sebanyak empat kali di-hack selepas pemulihan dilakukan. Kami di pihak admin memohon seribu kemaafan di atas kegagalan pemulihan tersebut dan telah berjanji untuk tidak berhenti dan melipatgandakan usaha dengan menghasilkan satu website yang lebih baik dari sebelumnya dari segi sistem keselamatan dan interface pengguna.
Kini, terhasilah satu lagi website KRESMA.com yang dijanjikan sebelum ini sebagai ganti dengan kerjasama dikalangan KRESMA.com Administration Team (KAT) dan juga ahli KRESMA serta AJKnya. Usaha untuk mewujudkan website yang sistem suasananya lebih dinamik dan mempunyai kebolehan pelbagai yang tinggi telah terhasil dari semangat kerjasama dan bantu-membantu sepertimana yang telah dipupuk di dalam kelab sendiri. Website ini mengambil masa 1 minggu untuk dibina dan sekarang adalah proses menambahbaik lagi.
Sekarang adalah dunia berkongsi maklumat, bukanlah dunia menyimpan maklumat, maka kami pihak admin KRESMA.com sangat berharap agar website ini digunakan sepenuhnya oleh ahli-ahli dan bekas-bekas ahli KRESMA dengan memberi sumbangan idea, menghantar berita dan gambar serta mendaftarkan diri di laman ini. Gunakanlah peluang yang ada ini sebaik-baiknya dan sama-sama menyanyangi kewujudan website ini, jadikan peristiwa pahit website kita semua sebagai satu pengajaran yang berguna, jangan bila tiada mencari, bila ada ditinggal-tinggalkan.
Kami sangat mengalu-alukan maklumbalas anda, sekiranya terdapat sebarang masalah, pertanyaan, cadangan, idea dan sumbangan, sila ajukan terus ke dalam forum berkaitan. Tanpa maklumbalas daripada anda website ini tidak akan dapat dibaiki/naik taraf lagi. Percayalah, dengan sumbangan anda akan dapat kebaikan yang berpanjangan dari generasi ke generasi, dan itulah tanda kasih anda pada KRESMA. Bagi bekas ahli (XKRESMA), inilah masanya untuk terus menyumbang kepada kelab yang disayangi tanpa mengira siapakah anda.
Jadi apa tunggu lagi? Yang belum daftar, mari berdaftar, yang belum menyumbang mari menyumbang, yang sudah pula mari teruskan. Jom bertindak sekarang!
Tulus ikhlas,
KRESMA.com Administration Team (KAT)
No Borders, No Barriers, No Boundaries
KRESMA, Enjoy!
|
Comments
[ tok..subsidi lembu aritu camne..?? ]
B-)
I karma!!!
atai nk mencelah skit
anta la sorg dua wat kursus jg web kresma ni
cian yg tukang wat web ni
suggestion atai amek kursus pro-hack and kursus anti pro-hack..
atai usul je ni utk maser depan kresma yg dicintai..
RSS feed for comments to this post