| Annual General Meeting 2011 |
|
|
|
| Ditulis oleh Dzatil Akhtar binti Yusof |
| Sabtu, 15 Januari 2011 14:20 |
|
Annual General Meeting (AGM) merupakan program wajib yang dianjurkan KRESMA setiap tahun. Tujuan program ini adalah bagi memilih barisan Majlis Tertinggi KRESMA serta melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun dan kedudukan kewangan kelab yang terkini. AGM pada tahun ini akan menyaksikan peralihan pucuk pimpinan yang telah diketuai Muhammad Shahrul Rizam Ahmad Adnan bagi memilih presiden baru untuk memastikan KRESMA akan terus kekal pada masa-masa akan datang dan menjadi kelab yang terbaik. Beberapa aktiviti yang menarik disediakan bagi memeriahkan suasana majlis. Kepada ahli-ahli baru dan lama dijemput hadir untuk melaksanakan tanggungjawab anda sebagai ahli kelab disamping memberi penghormatan kepada saudara Shahrul yang meninggalkan kita. Kepada yang belum menjadi ahli dan berminat untuk mendaftar juga dijemput hadir ke majlis. Butiran maklumat adalah seperti berikut : ANNUAL GENERAL MEETING 2011 : Tarikh : 22 Januari 2011 (Sabtu) Tempat : Dataran Cendekia UiTM Shah Alam Masa : 9.00 am Makanan : Disediakan Kepada ahli yang ingin mendapatkan cop Kemahiran Insaniah, anda dijemput hadir Marilah-mari..pergi mengundi..jika anda sayang KRESMA~ |
| Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 26 Januari 2011 03:01 |
Comments
bleh x bg contoh aktiviti menarik yg di sediakan?
INSYAALLAH~~
baru dan lama..... ade 1on1 gak~~
hahhhaaa
tp..napa bt time pg?? hoho..
bakal mantan presiden nk bg ujian kot
RSS feed for comments to this post