|
EKSPIDISI RENTIS TRANSTITIWANGSA V1 |
|
|
|
|
Ditulis oleh rafiq
|
|
Selasa, 19 Oktober 2010 08:42 |
|
Perancangan demi perancangan dan alhamdullilah akhirnya sampai jua kita ke perancang program yang akhir bagi sesi Jun 2010 ini. Ini tidak bermakna perancangan kita ini akan berhenti setakat ini sahaja.
Sempena mengakhiri sesi Jun 2010 ini, KRESMA merancang ingin mengakhiri sesi ini dengan program EKSPEDISI RENTIS TRANSTITIWANGSA V1. Tidak dapat dinafikan, KRESMA sememangnya terkenal dengan perancang serta penyertaan pelbagai aktiviti rekreasi dan ini lah peluang bagi KRESMA melakukan salah satu cabang rekreasi juga iaitu mendaki melalui beberapa laluan yang dianggap sukar tapi boleh dilakukan. Selain itu, peluang untuk mendaki antara gunung ketinggian lebih 7ribu kaki atau G7 turut ada dan ini memberi peluang kepada pendaki-pendaki yang belum pernah mendaki gunung G7.
Program ini dirangka dengan tujuan supaya ahli-ahli dapat berkumpul bersama dalam penglibatan program pendakian ini. Selain itu, ahli-ahli juga dapat bekerjasama di dalam kelab agar kelab kekal tetap utuh selamanya.
Secara tidak langsung, ahli KRESMA akan dididik serta didedahkan peranan setiap ahli bukan sahaja pada kelab tetapi juga pada masyarakat sekeliling amnya.
Tarikh: 24 Nov 2010 - 30 Nov 2010
Anjuran: KRESMA
Tempat: EKSPEDISI RENTIS TRANSTITIWANGSA V1
Peserta: 40orang ahli KRESMA
Oleh itu, moga dengan perancangan rapi serta kerjasama yang ada, diharap program akhir semester ini atau "Final Project" akan berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan dari Nya.
Terima kasih.
p/s:
Untuk makluman tentatif ada sedikit perubahan. Akan diberitahu kelak.
Contact : Ja dan Pak Syed
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 06 November 2010 20:45 |
Comments
RSS feed for comments to this post