| Tahniah IPC 2010 |
|
|
|
| Ditulis oleh rafiq |
| Rabu, 06 Oktober 2010 21:04 |
|
Assalammualaikum..... Alhamdullilah dan bersyukur ke hadrat Illahi atas kurniaan dan keberkatan yang diberi oleh Nya. Intervarsity Paintball Challenge IPC 2010 telah berjalan dan berakhir seperti yang dirancang. Berkat usaha serta kerjasama dan semangat rakan-rakan KRESMA, IPC 2010 dapat berlangsung dan berakhir dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Nasharudin (nasa) atas usaha dan gigih beliau merancang dan memastikan semuanya berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Sebagai pengarah projek IPC 2010, beliau sesungguhnya memainkan peranan penting dalam memastikan semua yang dirancang berjalan lancar. Penghargaan diucapkan pada Pusat Sukan UiTM Shah Alam serta semua unit-unit yang terlibat di dalam memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Selain itu, ucapan penghargaan kepada AJK pelaksanaan IPC 2010 seperti Pak Syed(tpp), Iwan(ex-officio), Neiji(s/u), Asnida(bendahari), Nadia(pendaftaran), Irsyad(peralatan), Kak N, Nuzul dan semua AJK Sponsor, Izatti dan Mira(makanan), Reezuan(publisiti), Shahrul(perlawanan), Yamin(keselamatan&perubatan), Mus(special task) dan juga tidak lupa kepada semua ahli-ahli KRESMA yang turut banyak membantu di dalam perlaksanaan IPC 2010. Tahniah juga kepada pasukan yang menang. Carta keputusan pasukan yang menang adalah 1st UiTM dari Masscomm, 2nd MMU dari Melaka, 3rd dan 4th dari UiTM. Moga kejuaraan ini dapat dikekalkan serta disaingi dengan lebih kompetitif. Turut tidak dilupakan, EX-KRESMA yang turut juga memberi sokongan moral dan juga panduan di dalam memastikan IPC 2010 berjalan dengan baik. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan serta bantuan yang diberikan dari pelbagai pihak termasuk sponsor Mily & Cole (www.funheadwear.com), Prestariang System Sdn Bhd, WLM New Steffen Sea Port Dive and Holidays Sdn Bhd, Acson, Salina Soya dan Cincau serta Makan Place (Restaurant and Catering). Harapan untuk 2011, KRESMA dapat meneruskan lagi acara IPC ini untuk peringkat antarabangsa dengan penglibatan universiti-universiti dari negara jiran kita ASEAN agar IPC KRESMA UiTM dapat dimajukan lagi. Terima kasih. |
| Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 20 Oktober 2010 02:23 |
Comments
btw,leh tgk kt Fb upload by Ahmad Ra'fiq Ab Kadir
RSS feed for comments to this post