KRESMA | Kelab Rekreasi UiTM Malaysia

Introcamp Batch 30 Lata Charok PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 07 Julai 2010 20:46

Adalah dimaklumkan bahawasanya, saya AHMAD RA'FIQ AB KADIR telah diamanahkan untuk memberi, menyalurkan, serta mempromosi aktiviti KRESMA seterusnya pada Semester July 2010. Antara aktiviti utama yang akan dilakukan oleh Kelab Rekreasi UiTM KRESMA adalah seperti INTROCAMP, MIDTERM PROJECT & FINAL PROJECT.

Bagi aktiviti pertama ialah INTROCAMP BATCH 30. Secara am, aktiviti ini berkaitan dengan pengenalan kepada bentuk serta cara-cara untuk melakukan aktiviti perkhemahan, pendedahan beberapa aktiviti rekreasi serta yang paling penting adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kepentingan bekerjasama, memupuk sifat hormat menghormati antara ahli dan juga bekas ahli EX-KRESMA dan juga penerapan beberapa perkara yang lain.

INTROCAMP 30 akan diadakan seperti yang tertera:

1. Tempat: Lata Charok, Janda Baik, Pahang
2. Tarikh: 23 - 25 July 2010
3. Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
4. Masa: Jumaat 4.00ptg - Ahad 6.00ptg
5. Aktiviti: Waterfall Abseiling, Rock Climbing, Jungle Trekking dan lain-lain


Cara menyertainya:
1. Sediakan RM25.00
2. Bayaran boleh dilakukan melalui orang yang boleh dihubungi iaitu Izzati 0133270273 & Nabila 0176836483
3. Isi borang penyertaan
4. Terbuka kepada FRESHIE (pelajar baru) dan juga pelajar-pelajar lama yang belum pernah pergi ke INTROCAMP

Kelebihan:
1. Peroleh ilmu berkaitan dengan rekreasi dan sukan
2. Dapat juga berkongsi ilmu dengan ahli-ahli lama KRESMA dan juga EX-KRESMA
3. T-shirt
4. Tag nama dan tali
5. Kenalan-kenalan baru dan lama
6. Merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar UiTM dari pelbagai bidang dan fakulti terutama ahli-ahli KRESMA sendiri

Setakat ini saja makluman yang dapat diberikan. Saya berharap respon pihak tuan puan dapat meningkatkan lagi program ini dan juga dapat menjayakannya dengan jayanya.

Kepada ahli-ahli KRESMA dan juga EX-KRESMA, kedatangan anda adalah dialu-alukan. Bagi tempahan t-shirt, setakat ini hanya peserta, AJK dan juga teknikal kru sahaja akan ditempah. Jika ada permintaan untuk ahli-ahli dan ex-KRESMA sendiri, boleh merujuk kepada AJK program INTROCAMP ini. Tempahan akan mula dibuka sehingga diberitahu kelak.

Sekian, Thank you

workStatiOn kresma


AHMAD RA'FIQ AB KADIR
AJK Publisiti INTROCAMP 30

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 15 Julai 2010 04:20
 

Comments  

 
0 #1 fiq2901 2010-07-20 08:31
SENARAI KELENGKAPAN PESERTA

Peralatan yang peserta dihendaki bawa adalah seperti berikut :
1. *Beg Pakaian
2. *Pakaian
Baju t-shirt (perempuan- lengan panjang,warna gelap)
(lelaki – bebas )
Stoking (wajib bagi perempuan)¬
Handsock (wajib bagi perempuan)
Pakaian solat / telekung / sejadah
Seluar track
sweater
3. *Toiletries
Tuala
Berus gigi / ubat gigi
Sabun / pencuci muka / syampu
Sikat
4. *Kasut Sukan
5. *Lampu suluh / head lamp
6. *Ubat persendirian – minyak angin ,handyplast, insect repellant
7. Makanan tambahan – snacks, buah, power bar
8. Plastik bungkusan – pakaian kotor
9. *Sleeping bag, carry mat (mengikut keselesaan masing-masing)
10. Selipar jepun / sandal – kemudahan mandi dan mengambil wuduk
11. Alatan menjahit
12. Kamera & bateri


*Yang bertanda ini peserta WAJIB membawanya untuk kelancaran aktiviti dan keselamatan

Senarai semak di atas adalah mengikut keperluan peribadi dan kesesuaian individu.

PERINGATAN ! SEMUA PERALATAN PERSENDIRIAN ADALAH TANGGUNGJAWAB INDIVIDU. SILA JAGA PERALATAN ANDA DENGAN BAIK..
 
 
0 #2 fiq2901 2010-07-20 09:41
KRESMA Introcamp Batch 30
Lato Charok Camp, Janda Baik, Bentong, Pahang
23 – 25 Julai 2010

23 Julai 2010
1600 Berkumpul di KRESMA Workstation, Kolam Renang UiTM untuk pendaftaran terakhir.

1615 Pembahagian kumpulan dan Solat Asar di Surau Kolam Renang UiTM.

1730 Muat barang ke dalam bas dan bertolak ke Kem Lato Charok, Janda Baik, Pahang.

1930 Berhenti di Hentian Genting Sempah untuk Solat Maghrib dan makan malam.

2100 Tiba di persimpangan Kem Lato Charok dan mula berjalan kaki menuju ke kem.

2130 Tiba di kawasan kem (campsite)

2230 Taklimat perkhemahan dan keselamatan.

2245 Minum Malam.

2300 Pembentukan Kumpulan Unggul, Perlantikan Penghulu dan Imam, ‘Ice Breaking’ dan slot amanah tanggungjawab bersama.

24 Julai 2010
0100 Tidur dan pengawasan malam.

0530 Bangun pagi, persiapan diri, solat Subuh berjemaah dan persediaan sarapan pagi.

0650 KRESMA Cergas Cerdas.

0750 Sarapan pagi.

0820 Eksplorasi Lata Tampik
- Trekking
- Waterfall Abseiling
- Asas Ikatan Tali



- Kraf Perkhemahan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Rock Climbing
- Asas Pertolongan Cemas (First Aid)
- Teori dan Praktikal Asas Orieteering -
1330 Rehat, makan tengah hari, solat Zuhur.

1410 Eksplorasi diteruskan

1645 Tamat eksplorasi, solat Asar, dan kembali semula ke kawasan kem.

1725 ’Berakit-rakit ke Hulu, Berenang-renang ke Tepian’

1920 Rehat, Mandi dan Solat Maghrib berjemaah.

2000 Makan malam (BBQ).

2040 Solat Isyak berjemaah.

2105 Malam Persembahan.

2345 Minum Malam

2400 War Game.












25 Julai 2010
0200 Tidur dan pengawasan malam.

0530 Bangun pagi, persiapan diri, solat Subuh berjemaah dan persediaan sarapan pagi.

0650 KRESMA Cergas Cerdas.

0750 Sarapan pagi.

0840 Navigasi Berkompas ‘Di mana ada kemahuan di situ ada highway’.

1240 Rehat, Masak dan Makan Tengah Hari.

1330 Solat Zuhur.

1430 Majlis Penutupan dan Sesi Bergambar.

1600 Persiapan pulang, membersihkan kawasan kem.

1700 Bertolak pulang ke Shah Alam.
 
 
+1 #3 mawee 2010-07-25 22:00
Tahniah! introcamp kalini sememangnye berjaya!.. Anda semua terbaik! Peserta2 juga terbaik! Enjoy, motivated, energetic dan sporting..! Teruskan lagi..
 

Poster KRESMA

KRESMA Di Facebook

Facebook KRESMA

Kiriman Terbaru Di Forum

Re: FUTSALKRESMAMERDEKA klu bln len xpa kot... hahhaha
roy si gaban 8.9.2010 2:21
Re: FUTSALKRESMAMERDEKA owh..nnti aku nk tipu bulan lain lahh.. bulan lain baek tak klau tipu???
keCik 7.9.2010 9:16
Re: berbuka posa exkresma & kresma 2010 2la...aku kata jgn letak cili padi byk sgt...tp hg letak jg.. mmg pedas la jwbnya...hahhaha
roy si gaban 6.9.2010 10:24
Re: FUTSALKRESMAMERDEKA ya ka??? mcm tipu sj... xbek tipu bulan posa ni...
roy si gaban 6.9.2010 10:23
Re: FUTSALKRESMAMERDEKA boleh jugak tendang.. aku neh org ckp kaki bangku. x leh tendang lansung
keCik 6.9.2010 7:14
Re: berbuka posa exkresma & kresma 2010 hahaha..pedas tuh
keCik 6.9.2010 7:13
Re: berbuka posa exkresma & kresma 2010 alaaa...comelnya kecik... grau2 dgn aku... sweet sgt...hahahha.. kecik,jom bt web utk kita b'2 sj..kang mrh plak asyk kita sj yg komen2 kt sni... amcm???hahhaha
roy si gaban 5.9.2010 1:39
Re: FUTSALKRESMAMERDEKA sapa kata aku pndai... aku br sj b'jinak2 dgn futsal tau... ari 2 main pn mcm hampeh.. nk tendg bola t'tendg kaki org... apa cer??? (dia blh b'tukar wajah,blh b'ubah suara)
roy si gaban 5.9.2010 1:38
Re: FUTSALKRESMAMERDEKA ang x pa, pandai main futsal. aku neh smua permainan x pandai.. tu yg aku x main semua
keCik 3.9.2010 23:56
Re: berbuka posa exkresma & kresma 2010 hhehehhe..saje nk gurau ngan abg gaban~
keCik 3.9.2010 23:54
Baca Lagi..

Panel Pengguna

Hari Jadi Terdekat

Kalendar KRESMA

September 2010
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

Siapa Online?

None

Nama Penuh

Perlukah nama penuh dipaparkan?