|
Tips Beli Haversack: Original VS Ciplak |
|
|
|
|
Ditulis oleh Azman Zainal Arif
|
|
Khamis, 27 Januari 2011 04:08 |
|
Haversack atau rucksack yang berkualiti adalah tahan lama boleh mencapai sehingga 5-6 tahun malah ada yg mencecah belasan dan puluhan tahun bergantung kepada ketahanan sesuatu beg dan cara penggunaannya, jadi, adalah satu keputusan pembelian yang bijak sekiranya anda beli yg ori jika anda memandang dari segi kualiti, ketahanan, dan sistem padding.
Beg haversack ciplak tampak serupa dengan yg ori namun sama sekali tidak sama kerana ia tidak dapat meniru sistem padding yg ori yang ternyata jauh lebih baik dan canggih. Dengan memakai beg tanpa sistem padding yg bagus, si pemakai tidak akan merasa selesa ketika beraktiviti lebih-lebih lagi dalam ekspedisi pendakian. Ketidakselesaan bererti tiada keseronokan dan excitement, membuatkan hari-hari si pemakai seperti mimpi ngeri semasa di hutan .
Tambahan pula, pemakaian beg ciplak boleh menyakitkan seterusnya merosakkan badan dan tulang belakang samada jangka masa pendek mahupun panjang.
Untuk harga standard haversack berkapasiti 50-70 liter, seperti jenama di bawah adalah sekitar RM500-RM1300:
1. Osprey (highly recommended)
2. Karrimor
3. Millet
4. Deuter (Original)
5. Lafuma
Turutan dari atas mengikut personal recommendation yg paling tinggi ke rendah berfaktorkan keselesaan padding, kualiti dan brand name. (Kategori: Pasaran di Malaysia)
Harap membantu.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 27 Januari 2011 20:09 |